PENGENALAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
SK.SIBUGAL BESAR SANDAKAN
PPDa Sekolah Sibugal Besar Sandakan telah ditubuhkan pada 2011 bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan untuk membanteras gejala penagihan dadah sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pada awal penubuhan PPDa, diketuai oleh Cikgu Yusdy Rosle seorang. Memandangkan Cikgu Yusdy telah dilantik menjadi JU Bahasa Inggeris peringkat Daerah Sandakan, cikgu Azemi Hessan pula telah dilantik menjadi guru PPDa pada tahun 2013.
PPDa Sekolah Sibugal Besar Sandakan setiap tahun telah mengikuti semua aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh PPD Daerah Sandakan . Contohnya Karnival PPDa. Setiap tahun SK.Sibugal Besar membuat program minggu PPDa. Pengisian yang dibuat dalam program ini adalah seperti pameran tentang dadah, ceramah dadah dan memanggil bekas penagih dadah yang telah dipulihkan oleh AADK Daerah Sandakan. Pada tahun 2013, SK.Sibugal telah dilantik oleh PPD Daerah Sandakan sebagai pengelola Program IMAN peringkat Sekolah Rendah Daerah Sandakan anjuran bersama PPD Daerah Sandakan dan PEMADAM.
Pada tahun 2013,Pengawas PPDa telah dilantik . Ini bertujuan pengawas-pengawas tersebut boleh membantu guru-guru untuk mengawasi semua pelajar-pelajar yang boleh terjerumus kepada dadah dengan cara mencuba merokok. Secara tidak langsung pengawas PPDa juga termasuk dalam kelab PPDa sekolah.
No comments :
Post a Comment